KEBAIKAN PERPADUAN

 

1.      MASYARAKAT DAPAT HIDUP DALAM KEADAAN AMAN DAN DAMAI

Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar. Masyarakat juga boleh menyambut hari perayaan kaum tanpa rasa takut.

 

2.      MENJADIKAN NEGARA AMAN DAN TENTERAM

Keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang untuk membangunkan negara. Contohnya, plhak kerajaan boleh membina sistem pengangkutan negara yang lebih baik. Projek-projek pembangunan ini membolehkan taraf hidup rakyat terus meningkat.

 

3.      PIHAK KERAJAAN BOLEH MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA.

Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini membolehkan rakyat mendapat gaji bagi menyara hidup dan menaiktarafkan mereka.

 

4.     MENARIK PELABUR ASING UNTUK DATANG MELABUR DI MALAYSIA.

Pelabur asing berani melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Pihak kerajaan juga akan dapat menambahkan pendapatan hasil kutipan cukai daripada keuntungan pelabur asing

 

5.      PERPADUAN kAUM JUGA AKAN MENAIKKAN IMEJ NEGARA DI MATA NEGARA LAIN.

Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagai pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.

Comments