KEPENTINGAN PERPADUAN

 

1.      1. DAPAT MEWUJUDKAN MASYARAKAT  YANG  HARMONI.

Keharmonian sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara

 

2.      2.   NAMA NEGARA JUGA AKAN DISANJUNGI DAN MENINGKATKAN IMEJ NEGARA              DI MATA DUNIA

Malaysia pastinya akan menjadi “role model” kepada negara-negara pentas dunia, seterusnya akan dapat meningkatkan imej negara. Di negara lain, perpaduan berkemungkinan berada pada tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan negara kita yang mempunyai masyarakat yang bersatu padu

 

3.    3. MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA DAN SETERUSNYA EKONOMI MALAYSIA PASTI BERTAMBAH MANTAP APABILA PERPADUAN KAUM DAPAT DIKEKALKAN.

 Sektor ekonomi Malaysia yang mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara serantau yang berhempas pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya, pelabur asing tidak bimbang untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman dan damai, sekali gus dapat menaja ekonomi supaya terus berkembang.

 

4.   4.    DAPAT MENARIK KEDATANGAN PELANCONG KE MALAYSIA.

 Sudah terang lagi bersuluh, salah satu sumber ekonomi negara adalah sektor pelancongan yang dapat menjana ekonomi negara. Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik di samping kepelbagaian adat resam yang membentuk identity sesebuah masyarakat dapat memikat hati pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat tertarik dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri daripada tiga kaum yang terbesar iaitu, Melayu, Cina dan India yang dapat menonjolkan imej negara. Hal ini seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong dan dapat menjana ekonomi Malaysia secara tidak lansung.

 

5.     5 INDUSTRI PELANCONGAN DAPAT DIPERTINGKATKAN.

Hal ini kerana peduduk Malaysia yang hidup dengan aman dan harmoni serta berbudi bahasa dapat menarik pelancong asing dari luar negara untuk datang melancong dan mengenali pelbagai adat resam kaum-kaum yang ada di Malaysia.

Comments