KESIMPULAN

 Perpaduan merupakan perkara yang paling perlu dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kemajmukan ini adalah suatu ciri yang unik yang jarang dimiliki oleh negara-negara lain di dalam dunia ini. Apabila dalam keadaan masing-masing kaum bebas merencanakan aktiviti mereka masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan kepentingan nasional dan undang-undang . Kemajmukan ini akan dapat diolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa bagi negara kita sekiranya masyarakat Malaysia dapat membuktikan semangat perpaduan yang jitu lagi utuh dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang telah diterjemahkan dalam dasar-dasar negara.

Comments