PEMAKAIAN PELBAGAI KAUM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

 

Pemaikain kaum Melayu

Baju Melayu & Baju Kurung

                                                   


                                           

Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangasaan lelaki melayu. Baju melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitubaju (kemeja lengan panjang) dan seluar serta dilengkapi dengan ssamping dan songkok. Baju melayu terdepat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju melayu biasnya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal dan sebagai pakaian adat.


        

  Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita melayu. Baju kurung terbahagi kepada dua iaitu baju kurung lelaki dan baju kurung perempuan. Baju kurung lelaki juga dikenali sebagai baju melayu.ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia dan Brunei, juga boleh didapatidi Indonesia, Singapura dan Thailand.



Pemakaian kaum cina

Cheongsam      

                                                  


         

      Cheongsam atau disebut sebagai Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama cheongsam bererti “pakaian panjang” , diterjemahkan ke dalam Bahasa inggeris dari dialek Propinsi Guangdong (canton) di Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya.


Samfoo

                                                    


         

Samfoo pula membawa maksud “baju dan seluar” dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan cina selain dari cheongsam. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipisyang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berkuturunan cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita cina.


PemakaIan kaum india 

Dhoti      

                                                           


             

  Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih. Kebanyak dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dilit di bahagian pinggang dan diikat pada celah peha dan kemudian disangkutkan ke bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.


Sari


 


merupakan pakaian tradisional yang amat digemari oleh kaum wanita india. Sari merupakan pakaian tradisi bagi kaum perempaun dan sari juga boleh digunakansebagai pakaian harian atau pada musim perayaan. Sari tediri daripada lembaran kan berukuran semester hingga dua meter lebar. Panjang kain pula diantara lima hingga lima belas meter mengikut saiz si pemakai sari tersebut. Kain yang jarang dan lembut, berona terang dan dihiasi dengan manik- manik.

Comments