Posts

Showing posts from May, 2022
Image
                                                                               E-Folio MPU 21032-PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN  TAJUK : KEBUDAYAAN & PERPADUAN Nama Pensyarah : NURUL HUDA BINTI MUHAMAD NAMA AHLI  KUMPULAN: NUR SYAFAWANI BINTI NORHAM KAMAR (04DPR21F2015) NURQAMARINA BINTI FAUZI (04DPR21F2023) NUR IZZATI BINTI MOHAMMAD KAMIL (04DPR21F2036) NIK NUR AIN NAZIRA BINTI NIK RUSLAN (04DPR21F2013)

NAMA AHLI KUMPULAN

Image
Nur Syafawani Bt Norham Kamar 04DPR21F2015 Nurqamarina Bt Fauzi 04DPR21F2023 Nur Izzati Bt Mohammad Kamil 04DPR21F2036 Nik Nur Ain Nazira Bt Nik Ruslan 04DPR21F2013              

PENGENALAN

  MAKSUD PERPADUAN MALAYSIA Malaysia telah dibina atas Kerjasama dan toleransi antara kaum berdasarkan proses yang dilalui,masyarakat majmuk ataupun masyarkat berbilang etnik atau multi ethnic society.Ia membawa maksud bahawa masyarakat di Malaysia mengandungi lebih daripada satu kumpulan bangsa yang setiap daripadamereka mempunyai sifat sifat unik yang tersendiri serta kelainan antara satu sama lain.Keunikan dan kelainan ini terpancar dalam nilai nilai dan amalan yang dipegang oleh bangsa tersebut,symbol symbol kebudayaan serta pelakuan mereka.

KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA

Image
  ALAT MUZIK TRADISIonal KAUM INDIA Dholak                       Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.   Veena   Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah.    

PEMAKAIAN PELBAGAI KAUM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Image
  Pemaikain kaum Melayu Baju Melayu & Baju Kurung                                                                                                 Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangasaan lelaki melayu. Baju melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitubaju (kemeja lengan panjang) dan seluar serta dilengkapi dengan ssamping dan songkok. Baju melayu terdepat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju melayu biasnya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal dan sebagai pakaian adat .            Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita melayu. Baju kurung terbahagi kepada dua iaitu baju kurung lelaki dan baju kurung perempuan. Baju kurung lelaki juga dikenali sebagai baju melayu.ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia dan Brunei, juga boleh didapatidi Indonesia, Singapura dan Thailand. Pemakaian kaum cina Cheongsam                                                              

PERMAINAN PELBAGAI KAUM

Image
                         PERMAINAN KAUM MELAYU Sepak takraw                                                                    Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.   Batu Seremban                                                   Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca,

KEPENTINGAN KEBUDAYAAN

  a)Melambangkan identity sesebuah negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang majmuk. b)Memupuk perpaduan negara c)Demi kesinambungan tamadun d)Mengembangkan budaya tradisional e)Menjadi tarikan pelancongan

MAKSUD PERPADUAN MASYARAKAT

Image
  Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara saling berkerjasamaatau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dandamai.Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semuakaum.Contohnya,negara jepun yang mempunyai perpaduan 100% menyebabkan negara itumembangun dengan megahnya.

KEBAIKAN PERPADUAN

  1.         MASYARAKAT  DAPAT HIDUP DALAM KEADAAN AMAN DAN DAMAI Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar. Masyarakat juga boleh menyambut hari perayaan kaum tanpa rasa takut.   2.       MENJADIKAN  NEGARA AMAN DAN TENTERAM Keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang untuk membangunkan negara. Contohnya, plhak kerajaan boleh membina sistem pengangkutan negara yang lebih baik. Projek-projek pembangunan ini membolehkan taraf hidup rakyat terus meningkat .   3.       PIHAK  KERAJAAN BOLEH MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini membolehkan rakyat mendapat gaji bagi menyara hidup dan menaiktarafkan mereka.   4.       MENARIK  PELABUR ASING UN

KEPENTINGAN PERPADUAN

  1.       1.   DAPAT MEWUJUDKAN MASYARAKAT   YANG  HARMONI. Keharmonian sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara   2.       2.     NAMA NEGARA JUGA AKAN DISANJUNGI DAN MENINGKATKAN IMEJ NEGARA              DI MATA DUNIA Malaysia pastinya akan menjadi “role model” kepada negara-negara pentas dunia, seterusnya akan dapat meningkatkan imej negara. Di negara lain, perpaduan berkemungkinan berada pada tahap yang amat rendah jika dibandingkan dengan negara kita yang mempunyai masyarakat yang bersatu padu   3.     3. MEMAJUKAN  EKONOMI NEGARA DAN  SETERUSNYA EKONOMI MALAYSIA PASTI BERTAMBAH MANTAP APABILA PERPADUAN KAUM DAPAT DIKEKALKAN.   Sektor ekonomi Malaysia yang mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara serantau yang berhempas pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya, pelabur asing tidak bimbang untuk melabu

KESIMPULAN

 Perpaduan merupakan perkara yang paling perlu dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kemajmukan ini adalah suatu ciri yang unik yang jarang dimiliki oleh negara-negara lain di dalam dunia ini. Apabila dalam keadaan masing-masing kaum bebas merencanakan aktiviti mereka masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan kepentingan nasional dan undang-undang . Kemajmukan ini akan dapat diolah sebagai suatu nilai tambah yang istimewa bagi negara kita sekiranya masyarakat Malaysia dapat membuktikan semangat perpaduan yang jitu lagi utuh dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang telah diterjemahkan dalam dasar-dasar negara.

SUMBER RUJUKAN

 1. https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/16/kepentingan-budaya-tradisonal-kita/  2. Buku Pendidikan Negara Bangsa .Penulis Zulhilmi Paidi Rohani Abdul Ghani  3.http://successfulmalaysia.blogspot.com/2017/05/pakaian-kebudayaan-di-malaysia.html?m=1  4.https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/permainan-tradisional-kaum-kaum-di-malaysia-17/ 5. http://groupmakanan.blogspot.com/2017/03/makanan-tradisional-kaum-di-malaysia_12.html?m=1 6.http://tariandimalaysiac5.blogspot.com/2015/12/alat-muzik-tradisional-kaum-kaum-di.html?m=1 7.http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-perpaduan.html 8.https://5ce5582a8d3b9.site123.me/blog-saya/karangan-kepentingan-perpaduan-di-malaysia 9.https://www.ipendidikan.my/kepentingan-perlembagaan-malaysia.html